Monday, June 6, 2011

What The *Eff day.


Hari ni exam written biochemistry, nak tahu macam mana?. **** man! seriously korang jangan laa sebut-sebut tentang biochemistry depan aku, tension korang tahu tension!! grr.! subject lain pun sama je, tapi tak tahu kenapa subject biochemistry lebih sikit tension dia.. maybe because firstly aku tak berapa minat sangat chemist2 nie la kot kan.. nie tambah lak bio dengan chemist, lagi la kan .. humph!

However,
Time jawab tadi, soalan number satu pun aku dah gelabah tak tahu nak jawab ape, padahal baru baca semalam.. baca bukan main lagi (last minit study la katakan), bukan rezeki aku la kot time jawab tadi.. soalan number dua lak, perghh lagi aku tak tahu nak jawab ape.. collagen? tak terbaca lak, past-past year soalan tadak lak dia nak keluar kan?. adeeii!.  

Time hantar kertas muka lex lagi, cool lagi dalam hati hanya Allah saja yang tahu.. keluar kuliah dengar semua orang duk cakap-cakap tentang exam biochem tadi,.. naik bas nak balik ke rumah, tak boleh tahan kesabaran untuk check jawapan, aku terus buka buku check sikit-sikit yang mana ingat soalan plus ape yang aku tulis tadi.. Aku hanya mampu terdiam sahaja selepas check jawapan tu.. Rasa macam nak give up pun ada, =S .. (astaqfirullahalazim).. 

Turun bas tu, sambung check lagi dengan salah satu kawan aku.. Check check check.. Yang paling tak boleh blah nye, time exam tadi aku dah nak letak dah jawapan.. tapi pesal entah dengan otak aku ni kan, tak letak..letak lak jawapan yang salah.. bongek tak aku?. grr.! sabo je la.. yang satu lagi tak boleh blah, aku letak dah jawapan yang lebih kurang la kot dengan buku tapi tulisan dan ejaan je la kot tak betul.. pastu tahu tak aku buat ape? g tanda pangkah kat jawapan tu.. perghh! itu lagi memang sakit hati dengan diri sendiri.. **** laa!. 

Sampai rumah, tukar baju terus masuk dalam selimut.. tarik selimut sampai ke kepala, kononnya nak menangis tapi kering la pulok air mata aku hari ni.. menangis tak jadi, tidur lak jadinya.. Tidur pun sekejap ja.. Time nak bangun tu liat gile la kan, rasa cam tak nak bangun sampai ke esok hari biar berlepas exam oral begitu sahaja tapi tak boleh jugak solat macam mana lak?.. kalau tak boleh sembahyang (ABC a.k.a Allah Beri Cuti) tu memang syok gila la, tidur sampai keesok hari.. perghh, sedap! 

Lepas sembahyang tu, aku decide untuk tengok movie jap mana tahu tension decrease ke kan.. ajak housemate aku sorang, Farahin mokhtar yang tengah study.. maaf la ye sebab ganggu study hee~.. 

Aku ajak tengok movie yang bertajuk "Cool Running".. cerita lama dah.. tapi best!.. 

time tengok tu memang kena betul la dengan aku.. tentang jangan give up, and etc.. kira kalau korang tengah down, dibuli or etc tengok la cerita ni,..bukan setakat kelakar je, bermotivasi dan bagus la cerita nie.. =) 
  Menyebabkan aku yang sebelum nie ingat tak nak study untuk oral esok hari, rasa patot study dan berterus berjuang sampai ke final year =).. insyallah.. 

Bukan tu saja yang menyebabkan aku sedar, time aku sembahyang tu.. Ya Allah, aku patot tawakal bukan merungut,menyesal, marah-marah dengan diri sendiri..Astaqfirullahalazim.. istiqfar, istiaqfar.....sekarang aku hanya boleh berdoa dan bertawakal je.. makbul (lulus) untuk biochemistry pun itu memang rezeki aku la.. bersyukur sangat-sangat.. 

Malam tu aku terbaca kak wani (bekas naqibah kiteorang) bagi postcard yang tertulis kata-kata semangat. 
  ".... Moga kita redha dengan semua ketentuannya, Sesungguhnya menuntut ilmu itu sebahagian dari jihad kita fisabilillah seperti dalam firmannya surah at-taubah:122 .... "
memang kena laa dengan aku time tu.. =S
Syukran kak wani, you give it just the right time.. =) love you!..

ni dia postcard tu. comel tak?

2 comments:

wani said...

ishk2.....
ape2 pun u da try y terbaek da kan...^.^

'alia aqilah said...

agak nye la terbaik, tpi i study last minit.. =(