Monday, November 1, 2010

balasan melewatkan solat

and again this is something that i took from one of my friends..







بسم الله الرحمن الرحيم       

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

subhanallah.. amat mengerikan, maka janganlah melewat-lewatkan solat.. kalau kepada sesiapa yang sudah berumur dan masih lagi belum bersolat, solatlah sebelum anda disolatkan..

Kuliah aqilah kuliah.. study aqilah study!

  ooohh tidak!!
pesal la malas sangat nak ke kuliah nii?? please somebody do sumfin with me!!
malam punye la semangat nak kuliah untuk esok hari, last-last ke kuliah dalam mimpi je.. 
aigoo! what happen to the old me?? the old me? eh same je kot tahun lepas pun malas gak nak ke kuliah.. :-s
maybe this year lebih advance tak ke kuliah.. tahun lepas boleh la gak sehari dalam seminggu tu tak ke kuliah but this year nak dikatekan dalam seminggu tu sehari je ke kuliah.. WTF?? really need this lazy *** going.. oopps sorry termencarut lak~ biaselah tengah geram dengan diri sendiri tak ke kuliah la katekan =) .. help me somebody anybody!! 

 Dah lah tak ke kuliah, dekat rumah pun buku tak terbuke gak.. ini memang malas tahap malas ni.. kononnye sebab tak ke kuliah nak la tebus rasa salah untuk study lebih banyak.. tapi sekarang tengah berfacebook lak, walaupun tak de orang pun yang tengah online facebook buat mase sekarang.. syaitan ni memang jahat dan sangat pandai menghasut orang.. aku benci ko syaitan! g la hasut orang lain!!.. jangan hasut aku..!! 

 Ummi and baba send me here to study and be a successful dentistry not to be a lazy *** like now..
Macam mane nak change myself? im so annoyed with myself.. for banyak kali nasihat diri sendiri but still the same old me.. really need something untuk naikkan semangat i untuk ke kuliah.. what should i do? otoke'?? 
study pun tak nak, at least kalau tak ke kuliah study pun okay la.. but nie tidak duduk atas katil laptop atas badan typing.. seriously really need something to get away from this habits.. nanti time exam baru la nak kalut, nyesal tak bis nanti.! 


 ape-ape pun, please somebody or anybody give me some advice not to skip classes again and also study everyday non-stop.. 


"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah hambamu yang hina ini daripada hasutan syaitan jahanam.. jauhilah hambamu ini dari kemalasan yang melampau.. kuatkanlah keimananku, kuatankanlah hambamu ini untuk melawan dengan hasutan syaitan jahanam, kuatkanlah hambamu ini untuk menghadapi cabaranmu .. Ya Allah.."


"aqilah study aqilah!"

Sunday, October 31, 2010

Hutang penghalang untuk masuk syurga

something to share with..
read carefully, :) lepas bace nie rase sangat mengerikan hanya di sebabkan hutang kite dihalang daripada masuk syurga, walaupun "plaster" (egytian) "sen"malaysia" ia tetap hutang.. so bayarlah hutang anda.! 
For those yang saya terhutang dan lupe or jauh untuk membayar, halalkan please :)
saya halalkan semua hutang kawan-kawan saye, hutang yang saye dah lupe and kawan saye pun lupe.. 
halalkan ye!


Hutang pada kawan, pada ibu bapa, pada jiran tetangga, pada bank, pada MARA, pada PTPTN dan lain-lain, KALAU tak bayar, bersedialah untuk membayarnya di akhirat.





Nak bayar dengan apa ya di akhirat ? Bukannya ada duit, ada emas boleh bawa dari dunia ini di akhirat ? Kad kredit lagi lah tak laku kat sana.





Kalau kita berhutang, tak bayar di dunia, kita kena bayar pada orang yang berhutang dengan amalan kebajikan kita atau pahala kita.





Kalau pahala kita dah habis, maklumlah kat dunia ini sembahyang yang fardu saja, sedekah pun RM 10 je, nak bayar dengan apa ?





Kok dah habis pahala, kenalah dibayar dengan sistem barter. Amalan buruk atau dosa dari orang yang kita berhutang itu , kita akan pikul.





Jadi orang yang beri hutang kalau orang berhutang tak nak bayar jangan risau, kalau dah habis pahala dia kita ambil masih tak cukup nak bayar hutang, kita berikan dosa kita pada yang berhutang tadi.





Kepada yang berhutang, di dunia boleh lepas. Di akhirat nanti , 1 sen pun akan dikira.





Kepada usahawan , professional dan ahli politik yang berjaya tapi liat nak bayar hutang MARA, hutang PTPTN dan sebagainya tak apa, kita tunggulah di akhirat nanti. Buatlah amal kebajikan banyak-banyak di dunia ini supaya boleh diberikan kepada orang yang menagih hutang di akhirat nanti atau orang yang menagih bantuan dan biasiswa.





************ ********* ********* ************** ********* ********* ****HUTANG





Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-Maksudnya :Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.





Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya terhindar dari berhutang.Doa baginda itu :- Ertinya :Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain.





Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-Maksudnya :Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.





Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-Maksudnya :Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia.





Sumber dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Bruneihttp://www.masjid/. gov.bn/teks_ khutbah/1424/ Muharram/ 11.htm





HUTANG PENGHALANG UNTUK MASUK SYURGA





“Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman.”(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.)





Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:





“(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan.”(Riwayat Al-Imam Ahmad).


p/s - sekali lagi, tolong halalkan hutang saye walaupun "sen" je.. anda berbaik hati menghalalkan hutang-hutang yang sudah lupe, insyallah orang-orang lain juge akan menghalalkan hutang-hutang anda.. terima kasih :)

bak kate orang, kalau anda senangkan orang.. orang akan senangkan anda :)

Friday, October 29, 2010

Doa hilang malas.

Assalamualaikum waroh matullahi wabarokatu..
  Kebelakangan ni tak tahu la kenape aqilah semakin malas :S memang malas tahap malas la.. 
kuliah ponteng, nota bertimbun, buku amik je dalam rak buku letak atas meja tapi tak terbuka-buka gak buku tu maklum la laptop depan mate, earphone dalam telinge memang dah ke alam lain la kn.. aiyoo pe nak jadi pun tak tahu.. (bajet pandai la kot aku ni, padahal hampeh je! :) kononnye niat nak search "how to less your laziness" "tips menghilangkan malas" "quotes for lazinees" dekat google sekali at the end "shinee kpop" "bigbang news" "jonghyun confirmed dating" memang jauh dari tujuan.. online facebook buka youtube rajin pulak search2 nie..
setiap kali jumpe akak senior or kawan2 yang rajin ke kuliah or orang yang boleh beri nasihat, mesti minta diorang nasihatkan tapi sekejap je bertahan then back to normal being a lazy ***.. 

 Kebetulan pula ade sehari tu, chatting dengan ustaz ni dan minta die bagi nasihat sikit.. ustaz la katekan dengan hadith-hadith die bagi, alhamdullilah 5% faham ape yang die nasihatkan.. Tapi last sekali sebelum nak end kan conversation chatting tu die bagi satu doa..
 
"اللهم انا نعوذ من العجز و الكسل"

Syukran ya ustaz :)
kalau korang yang ade basic arab nie mesti faham maksud die kan? alhamdullilah walaupun tak ade basic arab, faham maksud die sikit je belakang tu "kaslan" yang bermaksud malas.. :)
however, kalau korang malas bace la doa nie, doa nie bukan ustaz tu memandai buat sendiri ye its not ajaran sesat :)
ustaz tu kate doa nie ade dalam al-ma'tsurat.. kalau korang nak lebih efishen bace lah al-ma'tsurat terus.. 
ape-ape pun, amalkan al-ma'tsurat setiap hari pagi and petang.. dan yang penting Al-Qur'an jangan dilupakan :)

Wassalam .


Thursday, October 28, 2010

GB basic - game


  Suke betol dengan lagu nie, especially time awal-awal tu budak kecik rapping.. perghh! memang ar budak nie, dah la suare sedap comel lak tu.. suare die serak-serak basah gitu ;) i really like those who have suare macam tu.. nak suare macam tu! huhu.

 Tak silap she's baru umur like 13 years old or below.. gilekan? suare sedap ooo.. jealous kot!
kumpulan nie semua muda-muda semua.. i think 15 years old and below, so mature right? orang-orang korea nie memang matang cepat ke? so mature.. im 19 years old, macam 15 years old de la.. hehe
seriously memang jealous gile dengan suare budak tu, memang sangat different compared to mine.. mine is like budak-budak kecik umur 5 or 6 tahun.. kecik plus sangat low, kebanyakkan kena marah dengan doctorah sebab suare bukan sebab tak buat keje.. kalau kena bace time kelas memang kena ulang banyak kali.. bace sikit nanti "loud your voice please" = lecturer cakap, "tak dengarrrr" = kekawan cakap..

 Macam mane la agaknye nak bagi suare besar plus clear like her? dulu time i was still at matriculation, one of my friend suare serak-serak basah gak la and i asked her macam mane nak suare macam tu.. then she said telan tulang ayam, biar terlekat dekat neck then de luke sikit.. g hospital take out the chicken bone nanti de la kot suare macam tu haha sengal tol :-P kalau sesiape nak suare macam tu cube lah buat ye, then give me the comments plus respon.. okay ke tak :-D

Monday, October 25, 2010

KISAH NERAKA JAHANAM


Dikisahkan dalam sebuah hadis bahwa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam h
adis tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas.
Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.Dalam hadis yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik saja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."Diriwayatkan bahwa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan saja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Wednesday, October 20, 2010

Sanah Helwah Baba!


HAPPY BIRTHDAY BABA!

  Last time Ummi punye birthday, i've made a video for her as a present since i live far away from her.. I sent the video to her and she said that she really love it ;-) im glad you like it ummi!

  So now, its my Baba's birthday.. i cant think of any gift, i mean i know what to give but dont know how to give.. post? takut tak sampai pula, kirim melalui orang? lambat sampai nanti kecik hati baba lak.. :-)
so the conclusion is i decided to make another video but this time for you baba ;-) hope you like it..
and again Happy Birthday! Joyeux anniversaire!..

A truly rich man is one whose children run into his arms when his hands are empty. 



The father who would taste the essence of his fatherhood must turn back from the plane of his experience, take with him the fruits of his journey and begin again beside his child, marching step by step over the same old road. 



One father is more than a hundred Schoolmasters.

Love and fear.  Everything the father of a family says must inspire one or the other.